Permohonan ASBS
Lengkapkan maklumat murid, persekolahan dan waris. Selepas semakan, sistem akan menjana Borang ASBS dalam PDF serta QR untuk semakan status.
Sekurang-kurangnya satu maklumat pengenalan murid diperlukan: No. Kad Pengenalan / MyKid atau No. Sijil Kelahiran. Dokumen sokongan tidak perlu dimuat naik melalui borang ini.
Maklumat Murid
Isi maklumat asas murid dan sejarah persekolahan yang berkaitan.
Pendaftaran ASBS berjaya
Simpan QR semakan dan cetak Borang ASBS yang telah dijana.
No. Rujukan akan dipaparkan melalui semakan QR apabila urusan fizikal diterima oleh PPD.
Cetak Borang ASBS sebanyak 3 salinan dan tandatangani pada ruangan yang disediakan.
Dokumen untuk urusan fizikal
Bawa dokumen asal dan salinan yang diperlukan mengikut senarai semak pada Borang ASBS. Antara dokumen utama:
- Borang ASBS — 3 salinan.
- Sijil kelahiran murid / dokumen pengangkatan, jika berkaitan.
- Kad Pengenalan / MyKid murid, jika ada.
- Kad Pengenalan ibu, bapa atau penjaga yang berkenaan.
- Sijil nikah / sijil daftar perkahwinan ibu bapa.
- Surat berhenti sekolah / sijil berhenti sekolah, jika berkaitan.
- Bil utiliti atau dokumen bukti alamat.
- Dokumen perceraian, hak penjagaan atau akuan sumpah, jika berkaitan.
QR yang sama boleh digunakan untuk menyemak perkembangan permohonan. Simpan gambar QR atau pautan semakan ini.
Pendaftaran digital dan penjanaan Borang ASBS tidak bermaksud murid telah ditempatkan di sekolah pilihan.